Monday, August 3, 2009

Rahsia DiSebalik Warna - Kenali watak anda & pasangan melalui warna

Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?





Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.

Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :


  • MERAH
  • HIJAU
  • KUNING
  • BIRU


Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.


Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warana telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan sebagainya.

Baik, mari kita lihat apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.


MERAH

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1. Merah Terang :

Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

2. Merah Jambu :

Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.


BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

1. Biru Tua :

Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.

Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2. Biru Muda :

Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.

Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.


KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1. Kuning Terang :

Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.

Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.


HIIJAU

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.


KELABU & HITAM

1. KELABU :

Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.


2. HITAM :

Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.


COKLAT & UNGU

1. COKLAT :

Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.


2. UNGU :

Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.

Warna Pengaruhi Penampilan Lelaki

Lelaki yang kerap mengenakan pakaian berwarna coklat dipercayai seorang yang baik hati dan boleh dipercayai. Bagi mereka yang gemar pakaian berwarna biru pula tergolong dalam kumpulan orang yang serius dan intelektual. Manakala mereka yang gemar dengan warna hijau pula adalah gambaran lelaki yang sentiasa dahagakan penampilan dan belas kasihan.












Gambar sebagai hiasan - Kris Allen, American Idol 2008

Sunday, August 2, 2009

Tip Bercukur Yang Selamat



Jika anda memiliki janggut dan misai yang agak kasar, sebaiknya sapukan krim atau losyen pencukur terlebih dahulu sebelum bercukur. Losyen atau krim ini bertindak sebagai bahan antibakteria kerana ketika bercukur, terdapat luka-luka kecil pada liang rambut yang dicukur. Bercukurlah mengikut arah rambut bukannya arah yang bertentangan.


Untuk pencukuran yang rapi pula, cukur semula pada arah yang bertentangan dan disudahi dengan mengikut arah rambut. Jika kawasan yang dicukur mengalami luka, tampalkan cebisan tisu pada bahagian tersebut terlebih dahulu.

Dan jangan lupa untuk menggunakan losyen after-shave. Pastikan juga anda tidak berkongsi pisau cukur dengan sesiapa atas sebab kesihatan.

Petua Kesihatan untuk kongsi bersama....

Sehari Sebiji Epal

Kelazatan buah epal sememangnya diketahui umum. Malahan, jusnya juga amat digemari. Khasiat buah epal hijau lebih berkait rapat dalam membantu penghadaman dan penurunan berat badan. Epal hijau maupun epal merah, kedua-duanya sama penting dari segi khasiatnya kepada tubuh badan.




Amalan memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.

Khasiat lain : Epal Turunkan Berat Badan

Tahukah anda bahawa epal mampu menurunkan berat badan? Zat-zat fitokimia dalam epal berfungsi sebagai antioksida yang melawan kolesterol tidak baik (low density lipoprotein) yang merupakan punca penyumbatan pembuluh darah. Zat tersebut akan mencegah sel-sel atau jaringan pembuluh darah rosak. Pada masa yang sama, ia juga meningkatkan kolesterol baik (high density lipoprotein) yang bermanfaat untuk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah.

Jika anda mempunyai masalah sembelit, ia dapat diatasi dengan memasukkan epal dalam menu harian anda. Ia juga dapat meredakan cirit birit seperti mana yang diterangkan oleh Miriam Polunin dalam bukunya yang bertajuk Healing Foods.

Kanak-kanak yang memakan makan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya sebenarnya menyeimbangkan kembali kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.