Sunday, August 2, 2009

Petua Kesihatan untuk kongsi bersama....

Sehari Sebiji Epal

Kelazatan buah epal sememangnya diketahui umum. Malahan, jusnya juga amat digemari. Khasiat buah epal hijau lebih berkait rapat dalam membantu penghadaman dan penurunan berat badan. Epal hijau maupun epal merah, kedua-duanya sama penting dari segi khasiatnya kepada tubuh badan.




Amalan memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.

Khasiat lain : Epal Turunkan Berat Badan

Tahukah anda bahawa epal mampu menurunkan berat badan? Zat-zat fitokimia dalam epal berfungsi sebagai antioksida yang melawan kolesterol tidak baik (low density lipoprotein) yang merupakan punca penyumbatan pembuluh darah. Zat tersebut akan mencegah sel-sel atau jaringan pembuluh darah rosak. Pada masa yang sama, ia juga meningkatkan kolesterol baik (high density lipoprotein) yang bermanfaat untuk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah.

Jika anda mempunyai masalah sembelit, ia dapat diatasi dengan memasukkan epal dalam menu harian anda. Ia juga dapat meredakan cirit birit seperti mana yang diterangkan oleh Miriam Polunin dalam bukunya yang bertajuk Healing Foods.

Kanak-kanak yang memakan makan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya sebenarnya menyeimbangkan kembali kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

No comments:

Post a Comment