Thursday, July 16, 2009

Budapest, Hungary....















13 - 29 Mei 2008 - merupakan detik 'best' dalam hidup aku kerana dapat menjejakkan kaki ke negara yg digelar 'Europe of Heart'...diberi gelaran cam tu coz Budapest adalah diantara negara tercantik di Eropah (diiktiraf oleh UNESCO)...

Tempoh 2 minggu di sana kerana urusan kerja digunakan dengan sebaik-baiknya. Namun terpaksa berjauhan dengan orang-orang tersayang (anak & isteri la)...tak pernah terlintas di minda utk smp ke sana (nie rezeki) la.. masa aku pegi tu tgh musim panas nak ke musim bunga...

Pemandangan indah nan mempesona mata masih segar dingatan..hati mana yg tak happy kan..syukur kpd Allah krn diberi peluang ini..(thanks to my organization).




















Semasa di sana aku ada peluang di hujung minggu untuk ambil trip/tour bersama kwn yg pegi sama ke tempat-tempat yg menarik disana. Terdpat byk bangunan-bangunan/monumen yg bersejarah (tak ingat lak)... tpi mmg best la...dpt tgk budaya & gaya hidup mrk yg berbeza dgn kita... yg baik kita ambik la yg tak baik jadikan pengajaran. Diantara yg aku respect...every time aku bersin mesti cikgu aku akan kata 'may god bless you...' w/pun dia bkn org muslim..dan ada yg lain-lain lg la..

Pasal mkn lak mmg problem skit la....then apa lagi kat sana aku automatik jadi vegetarian ... tak lalu nak mkn benda-benda yg lain...(takut t'mkn benda-benda yg haram)...tpi nasib baik wife aku bekalkan sambal tumis ikan bilis kegemaran aku (sambal nie lah pengubat rindu aku pd dia). Kalo bini aku baca nie mesti dia kembang la...Insya allah kalo ada rezeki... le pegi lagi dgn family pulak...





No comments:

Post a Comment