Monday, August 3, 2009

Rahsia DiSebalik Warna - Kenali watak anda & pasangan melalui warna

Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda? BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH?





Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.

Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.

Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer :


  • MERAH
  • HIJAU
  • KUNING
  • BIRU


Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.


Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warana telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainan dan sebagainya.

Baik, mari kita lihat apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.


MERAH

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1. Merah Terang :

Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.

2. Merah Jambu :

Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.


BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.

1. Biru Tua :

Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.

Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2. Biru Muda :

Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.

Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.


KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1. Kuning Terang :

Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.

Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.


HIIJAU

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.


KELABU & HITAM

1. KELABU :

Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.


2. HITAM :

Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.


COKLAT & UNGU

1. COKLAT :

Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.


2. UNGU :

Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.

Warna Pengaruhi Penampilan Lelaki

Lelaki yang kerap mengenakan pakaian berwarna coklat dipercayai seorang yang baik hati dan boleh dipercayai. Bagi mereka yang gemar pakaian berwarna biru pula tergolong dalam kumpulan orang yang serius dan intelektual. Manakala mereka yang gemar dengan warna hijau pula adalah gambaran lelaki yang sentiasa dahagakan penampilan dan belas kasihan.












Gambar sebagai hiasan - Kris Allen, American Idol 2008

Sunday, August 2, 2009

Tip Bercukur Yang Selamat



Jika anda memiliki janggut dan misai yang agak kasar, sebaiknya sapukan krim atau losyen pencukur terlebih dahulu sebelum bercukur. Losyen atau krim ini bertindak sebagai bahan antibakteria kerana ketika bercukur, terdapat luka-luka kecil pada liang rambut yang dicukur. Bercukurlah mengikut arah rambut bukannya arah yang bertentangan.


Untuk pencukuran yang rapi pula, cukur semula pada arah yang bertentangan dan disudahi dengan mengikut arah rambut. Jika kawasan yang dicukur mengalami luka, tampalkan cebisan tisu pada bahagian tersebut terlebih dahulu.

Dan jangan lupa untuk menggunakan losyen after-shave. Pastikan juga anda tidak berkongsi pisau cukur dengan sesiapa atas sebab kesihatan.

Petua Kesihatan untuk kongsi bersama....

Sehari Sebiji Epal

Kelazatan buah epal sememangnya diketahui umum. Malahan, jusnya juga amat digemari. Khasiat buah epal hijau lebih berkait rapat dalam membantu penghadaman dan penurunan berat badan. Epal hijau maupun epal merah, kedua-duanya sama penting dari segi khasiatnya kepada tubuh badan.




Amalan memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian menunjukkan, epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.

Khasiat lain : Epal Turunkan Berat Badan

Tahukah anda bahawa epal mampu menurunkan berat badan? Zat-zat fitokimia dalam epal berfungsi sebagai antioksida yang melawan kolesterol tidak baik (low density lipoprotein) yang merupakan punca penyumbatan pembuluh darah. Zat tersebut akan mencegah sel-sel atau jaringan pembuluh darah rosak. Pada masa yang sama, ia juga meningkatkan kolesterol baik (high density lipoprotein) yang bermanfaat untuk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah.

Jika anda mempunyai masalah sembelit, ia dapat diatasi dengan memasukkan epal dalam menu harian anda. Ia juga dapat meredakan cirit birit seperti mana yang diterangkan oleh Miriam Polunin dalam bukunya yang bertajuk Healing Foods.

Kanak-kanak yang memakan makan segera dan kemudian memakan epal atau meminum jusnya sebenarnya menyeimbangkan kembali kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan.

Wednesday, July 29, 2009

Yokohama, Jepun...

This time cite lak pasal experience kat Jepun... kali nie kira rezeki aku gak la.. dpt gi sana. Kali nie pegi sebagai peserta AOTS. Aku dan Firdaus je yg org Melayu dari Malaysia..majoriti yg lain Cina. Peserta dari ng2 Asian spt Filipina, Thailand & M'sia (setiap ng 5 org peserta yg diambil).

Negara Jepun mmg bersih....ini first time aku ke sana. Jepun berbeza dgn ng Eropah. Selain cantik, bersih pulak..masa pegi tu bru lepas musim sejuk (salji pun dah cair)..tpi masih lagi sejuk la..

Pemandangan indah...di jambatan
(bukan jambatan P.Pinang ye)

Masa kat sana (hujung minggu) sempat jugak lah aku dan kwn2 lain berjalan ketmt2 menarik cam pegi ke perkampungan di Hakone..pemandangan mmg cantik tpi sejuk w/pun bkn musim sejuk...then naik kapal utk tengok gunung Fuji tpi tak nampak coz kabus tebal...pengalaman nie smua mmg lain gan pengalaman masa melawat ng lain sebelum nie.




Sempat bergambar dgn kumpulan 3-Style Shandy

Pasal budaya diorg lak...mmg terkenal dgn kebersihannya....aku rasa kesedaran dari awal mmg penting agar masyarakat dididik menjadi masyarakat yg berdisiplin. As example...astray dijual dgn cam2 design yg cantik & menarik..spy perokok tidak membuang abu rokok merata-rata (jdi kurang lah pencemaran).. then satu lg diorg nie mmg creative & inovative kalo kita tgk samada produk2, packaging dll ...(kalo nak cite mmg byk tak abis lak). Dalam berpakaian mmg diorang stylo & up to date..mcm2 fesyen (rasa malu lak kalo x pandai b'gaya) kat sana..lebih-lebih lg teenager kat sana (diorg berani gayakan fesyen2 yg funky)..tpi kalo kat sini kita pakai cam tu mesti org pandang pelik la...

Masalah biasa kalo kat oversea..makan lah..tpi sekali lg sambal tumis ikan bilis wife aku jdi penyelamatnya..nak mkn lain x confident lak..but it's ok i still can survive...tpi belanja kat sana mmg mahal nasib baik ada kedai 100 yen & Jusco, dpt lah beli cenderamata kat family & kwn2..


Rasanya dah panjang kot cite aku kat Jepun...tpi bak kata pepatah hujan emas di negeri org..hujan batu di negeri sendiri..baik lagi di negeri sendiri..




















Thursday, July 16, 2009

Budapest, Hungary....















13 - 29 Mei 2008 - merupakan detik 'best' dalam hidup aku kerana dapat menjejakkan kaki ke negara yg digelar 'Europe of Heart'...diberi gelaran cam tu coz Budapest adalah diantara negara tercantik di Eropah (diiktiraf oleh UNESCO)...

Tempoh 2 minggu di sana kerana urusan kerja digunakan dengan sebaik-baiknya. Namun terpaksa berjauhan dengan orang-orang tersayang (anak & isteri la)...tak pernah terlintas di minda utk smp ke sana (nie rezeki) la.. masa aku pegi tu tgh musim panas nak ke musim bunga...

Pemandangan indah nan mempesona mata masih segar dingatan..hati mana yg tak happy kan..syukur kpd Allah krn diberi peluang ini..(thanks to my organization).




















Semasa di sana aku ada peluang di hujung minggu untuk ambil trip/tour bersama kwn yg pegi sama ke tempat-tempat yg menarik disana. Terdpat byk bangunan-bangunan/monumen yg bersejarah (tak ingat lak)... tpi mmg best la...dpt tgk budaya & gaya hidup mrk yg berbeza dgn kita... yg baik kita ambik la yg tak baik jadikan pengajaran. Diantara yg aku respect...every time aku bersin mesti cikgu aku akan kata 'may god bless you...' w/pun dia bkn org muslim..dan ada yg lain-lain lg la..

Pasal mkn lak mmg problem skit la....then apa lagi kat sana aku automatik jadi vegetarian ... tak lalu nak mkn benda-benda yg lain...(takut t'mkn benda-benda yg haram)...tpi nasib baik wife aku bekalkan sambal tumis ikan bilis kegemaran aku (sambal nie lah pengubat rindu aku pd dia). Kalo bini aku baca nie mesti dia kembang la...Insya allah kalo ada rezeki... le pegi lagi dgn family pulak...